Wednesday, August 19, 2009

kemboja terpalit


lamanya aku meninggalkan blog ni. baguslah, tandanya aku semakin kuat utk berdiri sendiri. namun, masih rapuh lagi keimanan di dada ini. masih lagi aku berasa hina dan kotor di sisi Nya.

ya. akulah gadis itu yang semakin menginjak ke arah wanita. akulah gadis yang masih alpa dengan duniawi namun tetap mencari cahayaNya. aku sendiri penat melihat manusia sekarang, bertapa kita lupa diri. mengejar keseronokan dunia yang sementara, dunia yang semakin tua.

kadang kala aku berfikir. apakah tahap keimanan yang masih ada dalam diri ini? apakah sudah tiada atau sudah terlalu tipis, seperti sehelai tisu? sungguh aku khuatir jika iman itu tiada lagi. aku tidak mahu terus sesat. aku terlalu mengikut nafsu. aku terlalu terdorong mengikut hasutan syaitan. ah. hipokritnya aku. apa guna hatiku baik tetapi jalan hidupku kelam?

aku masih begini. memang hati ini sentiasa rindu pada Nya. tapi bila mengenang bertapa aku terlalu sesat, aku berasa letih. tidak berguna. rasa tiada gunanya aku bersujud jika aku terus melakukan dosa. tiada guna aku bersedekah tetapi masih terus menghampiri zina. Ya Allah. tolonglah berikanlah lagi hambaMu ini cahaya keimanan. benar. rahmatMu ku rindui ya tuhan...

tuhan. aku selalu mendengar, setiap kejadian ada rahmatnya. tetapi apakah musibah yang aku cari sendiri itu juga berlaku dengan hikmah? tuhan. apakah masih ada seorang lelaki yang baik untuk aku di dunia ini? apakah dia dapat menerima sekiranya tahu hakikat diriku yang sebenar? seorang gadis yang suci dalam debu. tuhan... sekiranya kelak. aku dikurniakan lelaki yang baik dengan izinMu, biarlah dia cukup kuat. kuat untuk menerima kebenaran diriku si kemboja yang terpalit...