Wednesday, August 19, 2009

kemboja terpalit


lamanya aku meninggalkan blog ni. baguslah, tandanya aku semakin kuat utk berdiri sendiri. namun, masih rapuh lagi keimanan di dada ini. masih lagi aku berasa hina dan kotor di sisi Nya.

ya. akulah gadis itu yang semakin menginjak ke arah wanita. akulah gadis yang masih alpa dengan duniawi namun tetap mencari cahayaNya. aku sendiri penat melihat manusia sekarang, bertapa kita lupa diri. mengejar keseronokan dunia yang sementara, dunia yang semakin tua.

kadang kala aku berfikir. apakah tahap keimanan yang masih ada dalam diri ini? apakah sudah tiada atau sudah terlalu tipis, seperti sehelai tisu? sungguh aku khuatir jika iman itu tiada lagi. aku tidak mahu terus sesat. aku terlalu mengikut nafsu. aku terlalu terdorong mengikut hasutan syaitan. ah. hipokritnya aku. apa guna hatiku baik tetapi jalan hidupku kelam?

aku masih begini. memang hati ini sentiasa rindu pada Nya. tapi bila mengenang bertapa aku terlalu sesat, aku berasa letih. tidak berguna. rasa tiada gunanya aku bersujud jika aku terus melakukan dosa. tiada guna aku bersedekah tetapi masih terus menghampiri zina. Ya Allah. tolonglah berikanlah lagi hambaMu ini cahaya keimanan. benar. rahmatMu ku rindui ya tuhan...

tuhan. aku selalu mendengar, setiap kejadian ada rahmatnya. tetapi apakah musibah yang aku cari sendiri itu juga berlaku dengan hikmah? tuhan. apakah masih ada seorang lelaki yang baik untuk aku di dunia ini? apakah dia dapat menerima sekiranya tahu hakikat diriku yang sebenar? seorang gadis yang suci dalam debu. tuhan... sekiranya kelak. aku dikurniakan lelaki yang baik dengan izinMu, biarlah dia cukup kuat. kuat untuk menerima kebenaran diriku si kemboja yang terpalit...


Wednesday, May 20, 2009

cinta itu rahsia Allah

banyak sgt dlm otak sy. sy berfikir... sehingga jdnya, sy tidak beperasaan... tapi otak sy masih ligat berputar... mencari kemungkinan jawapan bg setiap persoalan... yg hanya akan terjawab dgn peredaran masa... tak tertulis di sini... tp. benarlah. banyak utk dikejar... banyak juga hati utk dijaga... hati sendiri? terjaga tidak? entahlah.

sekarang sy sedang cuba utk berdikari sepenuhnya sendiri. bermakna semua yg terjadi yg gembirakan sy sekalipun, sy cuba utk pendamkan sahaja... walaupun agak sukar, kerana sy mungkin jenis pendiam. menyorok semua cerita hidup sy disebalik senyuman. tp. sekurangnya suatu masa dulu. sy punya kawan utk berkongsi...

tp sebolehnya sy tidak mahu lagi. utk lebih mematangkan diri sendiri dan juga utk cuba. biarkan orang di sekeliling buat lagi persepsi tentang sy. ramai ckp sy bertuah. bagi sy, sy biasa sahaja. tidaklah sy kata sy tidak bertuah. cuma sy biasa sahaja. sy juga bersyukur seadanya...

dulu sy seorang gadis yg percaya pada perkataan keramat. "selamanya --- forever". tp sekarang tidak lagi. bukan apa, cuma, manusia berubah mengikut masa. kawan baik sendiri pun akan pergi meninggalkan kita. maka. itulah sy memutuskan utk bebas. dan berkawan dgn semua org yg berkwn dgn sy sejujurnya. bkn sy sengaja melepaskan. mereka memaksa sy melepaskan. walaupun sy yg melepaskan...tak bermakna sy yg gembira. sebaliknya, sy yg terpaksa. sy yg sedih. pedih. tp jika itu yg terbaik, sy merelakan...

tapi. sy gembira sgt. sebab, dulu zaman sekolah. sy temui bnyk lelaki. ya, cinta monyet. banyak sungguh jenis lelaki sy jmpa. bnyk sy terluka. terutama ketika zaman SPM. sy putus cinta. dgn seorg lelaki yg sy rasa, amat baik buat sy. Mr Nice Guy. hampir 3 tahun hubungan itu. perpisahan? takdir mungkin. sama - sama punyai kesalahan. sejak dia, sy mula berhenti. berhenti utk melayan karenah lelaki dan mentup pintu hati.

dugaan maha hebat, selepas SPM, lebih 10 org lelaki sy jumpa. entah kenapa, mereka muncul? tp. kenapa mereka semua berpura? semua pandai - pandai, belajar tinggi - tinggi. tp... kenapa hati mereka berpura? apa guna ilmu di dada? ya Allah... Alhamdulilah. sy berjaya melepasi semua itu. sehingga. sy bertemu dia... Mr Perfect. dia yg sejuk mata memandang. semua itu. selepas hampir 2 tahun sy menutup pintu hati.

tp. sy terpaksa lepaskan dia juga setelah 6 bulan. kenapa? sbb dia terlalu mengejar cita - cita. bkn kerana ada org lain. tp. kami mungkin masih terlalu awal, utk mengenal hati. dan kini. dia jauh di perantauan. kami masih berhubung... 4 bulan setelah dia pergi, sy temui seorang lelaki. yg sy kira. amat berbeza sikap dgn sy. Mr Notty. kontra sekali. namun. sy cuba utk. mengubah dia dan masih cuba memberi peluang utk berkawan. kini kami masih berkawan. baiklah...sy sudah lari jauh dari topik asal.

sebenarnya, sy gembira sbb sy masih boleh berkawan dgn mereka semua. mungkin persahabatan adalah yg terbaik buat masa ini. bukan?
Mr Nice Guy. kini sedang punyai kekasih hati yg ke-2 selepas sy.
Mr Perfect. masih single dan penuh dgn misteri. namun ttp menenangkan.
Mr Notty. kontra sy yg jujur, baik tapi nakal dan keras kepala.
namun persamaan mereka, mereka ego. nama pun lelaki kan?
kalian. terima kasih. sbb membuktikan pd sy.
"i've to meet few of wrong persons b4 i found the right one"
sy gembira kalian ttp menggembirakan sy dgn cara masing - masing.

Mr Perfect. sy gembira semlm kita dpt YM. kenapa?
sbb semlm berbeza. sy telah terangkan semua yg bermain d fikiran.
bukanlah semua. tp yg plg utama yg melibatkan kita,
telah pun sy luahkan. dan sy terharu dgn penjelasan kamu.
S-A-B-A-R. awk matang. benar menenangkan sy.

tapi...5 tahun itu lama lagi. entah siapa utk sy bukan? walaupun sy seringkali berharap jodoh sy itu, di antara mereka yg sy kenal kini. tapi. mungkin jodoh tu, org yg sy hanya kenal beberapa bulan. dan terus diijabkabulkan. sy pasrah. jika itu takdir terbaik utk sy. namun sy tetap berdoa. agar kebahagiaan hakiki itu milik sy.

Friday, May 1, 2009

sy menulis...




sy menulis mengikut gerak hati...
sy menulis apa yg sy rasa...
sy menulis apa yg x terungkap oleh lidah ini...
sy menulis ttg hidup sy...
sy menulis ttg kekecewaan, kesedihan sy...
yg tidak dpt sy kongsikan pd org lain...
sy menulis utk meredakan hati sendiri...
sy menulis utk menyedarkan diri sy sendiri...
menguatkan semangat. memberi kesedaran...
sy menulis atas kelemahan dan kelebihan sy sendiri...
dan paling penting, sy menulis, semuanya benar.

sy sedar hidup ini penuh dengan dugaan.
tp jangan terlalu kufur sehingga terlupa dgn segala nikmatNya...

sy sedar teman - teman lain punyai hal dan masalah sendiri.
sbb itu sy meneruskan niat utk terus menulis di sini.
supaya sy tidak menambahkan beban sesiapa...

sy sedar juga sy miliki keluarga yang bahagia.
sy sedar sy perolehi peluang untuk belajar.
sy sedar sy hanya insan yg lemah.
jd...maafkan sy atas segala kelemahan sy.

hasil tulisan ini, hanyalah medium utk melepaskan semua yg sy rasa.
memandangkan kadang kala, hidup ini. perlu berdiri sendiri...